Pasukan dan pemandu Formula_Satu_musim_2013

Berikut ialah pasukan dan pemandu yang berlumba bagi musim 2013, dan tertakluk kepada Perjanjian Concorde yang baru.

Pada 30 November 2012, FIA menerbitkan senarai kemasukan sementara bagi musim 2013.[5]

PasukanPengeluarCasisEnjinTayarNo.PemanduPusinganPemandu ujian bebas
Infiniti Red Bull Racing[6]Red Bull-RenaultRB9[7]Renault RS27-2013P1 Sebastian Vettel[8]1–12N/A
2 Mark Webber[9]1–12
Scuderia FerrariFerrariF138[10]Ferrari Type 056P3 Fernando Alonso[11]1–12N/A
4 Felipe Massa[12]1–12
Vodafone McLaren MercedesMcLaren-MercedesMP4-28[13]Mercedes FO 108ZP5 Jenson Button[14]1–12N/A
6 Sergio Pérez[15]1–12
Lotus F1 TeamLotus-RenaultE21[16]Renault RS27-2013P7 Kimi Räikkönen[17]1–12N/A
8 Romain Grosjean[18]1–12
Mercedes AMG Petronas F1 TeamMercedesF1 W04[19]Mercedes FO 108ZP9 Nico Rosberg[20]1–12N/A
10 Lewis Hamilton[21]1–12
Sauber F1 TeamSauber-FerrariC32[22]Ferrari Type 056P11 Nico Hülkenberg[23]1–12N/A
12 Esteban Gutiérrez[24]1–12
Sahara Force India F1 TeamForce India-MercedesVJM06Mercedes FO 108ZP14 Paul di Resta[25]1–12 James Calado[26]
15 Adrian Sutil[27]1–12
Williams F1 TeamWilliams-RenaultFW35[28]Renault RS27-2013[29]P16 Pastor Maldonado[30]1–12N/A
17 Valtteri Bottas[30]1–12
Scuderia Toro RossoToro Rosso-FerrariSTR8[31][32]Ferrari Type 056P18 Jean-Éric Vergne[33]1–12N/A
19 Daniel Ricciardo[33]1–12
Caterham F1 TeamCaterham-RenaultCT03[34]Renault RS27-2013P20 Charles Pic[35]1–12 Ma Qinghua[36]
Heikki Kovalainen[37]
Alexander Rossi[38]
21 Giedo van der Garde[39]1–12
Marussia F1 TeamMarussia-CosworthMR02[40]Cosworth CA2013[41]P22 Jules Bianchi[42]1–12 Rodolfo González[37]
23 Max Chilton[43]1–12

Pertukaran pasukan

Lima pelumba membuat kemunculan sulung mereka dalam Formula Satu pada tahun 2013, termasuk (mengikut arah jam dari kiri atas): Esteban Gutiérrez (Sauber),[24] Valtteri Bottas (Williams),[30] Max Chilton dan Jules Bianchi (kedua-dua untuk Marussia).[42][43] Giedo van der Garde (Caterham) tiada dalam gambar.[39]

Pada bulan November 2012, pemilik HRT F1 mengumumkan bahawa mereka akan menjual pasukan mereka,[44] dan telah berjumpa dengan beberapa pembeli.[45] Pasukan tersebut harus mencari pembeli sebelum 30 November — iaitu tarikh di mana yuran bagi musim 2013 perlu dijelaskan — jika tidak, pasukan tersebut perlu berundur dari Formula Satu.[46] HRT gagal untuk mencari pembeli sebelum tarikh tersebut dan gagal memasuki senarai kemasukan musim 2013. Pasukan itu kemudiannya dilaporkan berada dalam pembubaran,[47] dan walaupun terdapat tawaran untuk membeli dan memulihkan pasukan tersebut di bawah nama baru,[48] aset mereka akhirnya dijualkan kepada Teo Martín, seorang pemilik firma yang pakar dalam pengkitaran semula bahagian-bahagian automotif.[49]

Pertukaran pemandu

Lewis Hamilton—dilihat di sini di Grand Prix Bahrain 2012—meninggalkan McLaren untuk menyertai pasukan kerja Mercedes pada tahun 2013.

Michael Schumacher kembali berlumba dalam Formula Satu pada tahun 2010, dengan menandatangani kontrak tiga tahun bersama Mercedes AMG.[50] Selepas kontraknya tamat pada akhir musim 2012, Schumacher telah diberi pilihan untuk memperbaharui kontraknya dengan mereka untuk musim 2013.[51] Walau bagaimanapun, selepas mengharungi tiga musim yang mengecewakan bersama Mercedes, Schumacher menjadi ragu-ragu mengenai masa depannya, yang menyebabkan Mercedes mula mencari untuk pemandu baru. Berikutan tempoh rundingan yang panjangan,[52][53] Juara Dunia musim 2008, Lewis Hamilton mengumumkan bahawa beliau akan menyertai Mercedes, setelah menandatangani kontrak tiga tahun.[54] Dengan ini, berakhirlah hubungan empat belas tahunnya bersama McLaren.[55] Schumacher akhirnya mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada Formula Satu pada akhir musim 2012.[56]

Setelah Hamilton meninggalkan McLaren, pemandu Sauber, Sergio Pérez, menggantikan Hamilton dalam pasukan tersebut. Pérez merupakan salah seorang ahli Akademi Pemandu Ferrari, dan telah dianggap sebagai calon utama untuk menyertai Ferrari jika terdapat kekosongan dalam pasukan itu,[15] tetapi mengaku bahawa beliau telah berbincang dengan Ferrari tetapi Pérez tidak pernah dianggap sebagai satu cadangan yang realistik, dengan menambah, McLaren ialah pasukan yang terbaik baginya.[57]

Nico Hülkenberg meninggalkan Force India selepas hanya satu musim, walaupun pada mulanya beliau menandatangani perjanjian untuk berlumba bersama mereka untuk beberapa tahun, bermula pada tahun 2012. Pada musim 2013, Hülkenberg menyertai Sauber.[23] Hulkenberg telah disertai oleh Esteban Gutiérrez, yang sebelum ini merupakan pemandu ujian dan simpanan Sauber pada tahun 2011 dan 2012.[24] Tempat Hülkenberg di Force India telah diambil oleh Adrian Sutil, yang kembali kepada pasukan tersebut selepas tidak bertanding selama satu musim.[27]

Dengan Hülkenberg dan Gutiérrez menyertai Sauber, Kamui Kobayashi telah ditinggalkan tanpa sebarang pasukan untuk berlumba selepas bertanding selama tiga musim dengan pasukan Switzerland itu.[58] Dalam usaha untuk mendapatkan kerusi perlumbaan, Kobayashi menerima derma daripada peminat untuk mengumpul wang dana sebanyak yang mungkin.[59] Walau bagaimanapun, sejurus selepas Lotus F1 mengumumkan bahawa mereka akan mengekalkan Romain Grosjean,[18] Beliau kemudiannya menyertai pasukan AF Corse dalam FIA World Endurance Championship.[60]

Williams menjadikan pemandu ujian dan simpanan mereka, Valtteri Bottas, sebagai pemandu kedua, dengan menggantikan Bruno Senna.[30] Berhadapan dengan risiko kehilangan kerusi perlumbaannya, Bruno Senna pada mulanya memohon untuk memandu bersama Force India,[61] tetapi sebaliknya bertanding dalam World Endurance Championship, dengan berlumba untuk Aston Martin Racing.[62]

Charles Pic menyertai pasukan Caterham dari Marussia,[35], dan menyertai bekas rakan sepasukannya dari kejuaraan GP2 Series, Giedo van der Garde. Pic dan van Garde der pernah berlumba bersama-sama antara satu sama lain sebagai rakan sepasukan pada tahun 2011, bersama pasukan Barwa Addax.[39] Apabila Pic menyertai Marussia pada musim 2012, van Garde der menjadi pemandu ujian Caterham dan bertanding dalam kejuaraan GP2 Series untuk pasukan GP2 mereka, sebelum menyertai Formula Satu.[63] Oleh itu, pemandu Caterham pada tahun 2012, Heikki Kovalainen dan Vitaly Petrov, kehilangan kerusi perlumbaan mereka bagi musim 2013. Ketua pasukan Caterham, Cyril Abiteboul, kemudiannya menyatakan hubungan pasukannya dengan Kovalainen mula tegang ketika menghampiri penghujung musim 2012, dan menyebabkan beliau meninggalkan pasukan tersebut,[64] manakala Petrov kehilangan kerusi perlumbaannya disebabkan kekurangan penaja.[65] Kovalainen kemudiannya kembali untuk mengambil bahagian pada sesi latihan bebas sekali sekala.[66]

Timo Glock pada mulanya menandatangani kontrak untuk bersaing bersama Marussia sehingga akhir musim 2014,[67] tetapi kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan tersebut.[68] Ketua pasukan Marussia, John Booth, berkata bahawa "keadaan ekonomi yang sukar" menyebabkan pasukan terpaksa melepaskan Glock.[69] Glock kemudiannya bertanding dalam kejuaraan Deutsche Tourenwagen Masters, dan menyertai pasukan BMW.[70] Selepas pemergian Glock, pasukan memilih untuk mengambil dua pemandu rookie: Max Chilton[43] dan Luiz Razia.[71] Walau bagaimanapun, Razia telah dibuang daripada barisan pemandu Marussia untuk ujian pra-musim kedua di Barcelona,[72] yang membawa kepada spekulasi bahawa masa depannya bersama pasukan itu tidak menentu. Ia kemudiannya dilaporkan bahawa penaja beliau telah tidak membayar wang penajaan kepada pasukan, dan ia menyebabkan beliau dihalang untuk beraksi pada acara tersebut menggantung program ujian itu.[73] Kontraknya dengan Marussia ditamatkan hanya dua puluh tiga hari selepas ia telah diumumkan, dan Razia digantikan oleh juara Formula 3 Euro Series musim 2009 dan naib juara Formula Renault 3.5 Series, Jules Bianchi.[42]

Selepas HRT menarik diri daripada kejuaraan, Pedro de la Rosa dan Narain Karthikeyan telah ditinggalkan tanpa kerusi perlumbaan. De la Rosa kemudiannya menyertai Ferrari untuk membantu mereka dalam membangunkan sistem simulator mereka dan disahkan sebagai salah seorang pemandu ujian dan simpanan mereka sebelum ujian pra-musim ini bermula di Jerez,[74] manakala Karthikeyan bertanding dalam kejuaraan Auto GP World Series secara sambilan.[75]

Rujukan

WikiPedia: Formula_Satu_musim_2013 http://adamcooperf1.com/2012/11/25/rbr-renamed-inf... http://motor.as.com/motor/2013/02/14/formula_1/136... http://www.autosport.com/news/report.php/id/101114 http://www.autosport.com/news/report.php/id/102674 http://www.autosport.com/news/report.php/id/102895 http://www.autosport.com/news/report.php/id/102906 http://www.autosport.com/news/report.php/id/103853 http://www.autosport.com/news/report.php/id/104468 http://www.autosport.com/news/report.php/id/104741 http://www.autosport.com/news/report.php/id/104800